Friday, February 4, 2011

POMEGRADINE POMEGRANATE JUICE

Buah delima berasal dari kawasan sekitar Iran dan Himalaya di utara India. Buah ini telah lama dikenali dengan pelbagai kebaikan terhadap badan. Pomegradine Pomegranate Juice dari Azerbaijan adalah 100% jus semulajadi yang diekstrak daripada buah delima dengan gabungan rasa manis da masam. Penanaman buah delima mempunyai sejarah yang lama di Azerbaijan, dengan kawasan penanaman yang terbesar di Kur-Araz untuk tujuan eksport. Salah satu baka delima mempunyai delima yang terbaik di dunia adalah ditanam di kawasan Azerbaijan.
Jus delima mempunyai aktiviti antioksidan yang berkesan. Kebaikan ini dikaitkan dengan pelbagai jenis polifenol seperti elagitanin, galotanin, asid elagik dan flavonoid iaitu antosianin. Kajian yang dijalankan oleh para penyelidikan di Center for Human Nutrition, Davit Geffen School of Medicine, UCLA (University of California, Los Angeles) menunjukkan jus delima mempunyai kandungan polifenol tertinggi antara semua jenis minuman malahan melebihi kandungan polifenol dalam 'acai berry' atau teh hijau. Hasil kajian penyelidikan ini telah diterbitkan dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry (Navindra P.Seeram, Michael Aviram, Yanjun Zhang et al. Comparison of antioxidant potency of commonly consumed polyphenol-rich beverages in the United States. J. Agric. Food Chem. 2008, 56, 1415-1422). Buah delima juga merupakan sumber kalium, vitamin C, nutrien minor dan beta-karotena (Vitamin A) yang baik.
Antioksidan daripada delima mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung, tekanan sistolik darah, gula dalam darah dan paras kolestrol dengan berkesan. Jus delima menggalakkan peredaran darah ke jantung dan membantu mengurangkan tahap kolestrol yang tidak baik dalam tubuh badan kita. Ia juga merupakan jenis buah-buahan yang bernilai dan membantu merangsangkan selera.

Antioksidan:
Bahan dalam makanan yang dapat mengurangkan kesan-kesan negatif akibat pengoksidaan (penuaan) yang akan menjejaskan fungsi fisiologik manusia.

Vitamin C:
  1. Vitamin larut air yang hanya boleh diperoleh daripada diet seharian.
  2. Antioksidan terkenal yang dapat melindungi badan daripada serangan radikal bebas.
  3. Menyumbang kepada penyerapan besi daripada makanan.
  4. Menggalakkan pembentukan kolagen dalam saluran darah, tendon, ligamen dan tulang.
  5. Penting dalam pemulihan luka, memperbaiki dan menjaga kesihatan kartilag, tulang dan gigi.
  6. Pengambilan vitamin C yang secukupnya dapat mencegah penyakit dan membantu menggalakkan kesihatan tubuh.
Cara Penyediaan : Tuangkan kandungan pomegradine ke dalam cawan / gelas (200ml) dan sedia dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More