Friday, December 31, 2010

EURICO

Euricoma Longifolia Jack (Tongkat Ali)
Meningkatkan Tenaga & Stamina. Eurycoma Longifolia Jack Radix (Tongkat Ali) yang tumbuh liar di Hutan Hujan Tropika berusia berjuta tahun di Asia Tenggara. Ia tidak mengandungi bahan awet, perasa tiruan, warna, bahan kimia atau bahan tambahan lain. Secara tradisional digunakan untuk meningkatkan tenaga dan stamina lelaki.

Tongkat Ali:
  1. Meningkatkan hormon testosteron, daya tenaga dan stamina lelaki.
  2. Mengurangkan keletihan.
  3. Memperkuatkan fungsi kulit, otot dan rangka tulang.
  4. Mempertingkatkan sistem imunisasi badan dan daya penyembuhan.
  5. Menurunkan kepanasan dan mengelakkan malaria.
Cara Pengambilan :
2 kapsul, 2 kali sehari (pada waktu pagi dan petang)

TAI SHAN GANODERMA (LINGZHI)



Tai Shan Ganoderma (Lingzhi) merupakan 100% Lingzhi merah dengan kandungan yang paling tulen. Tai Shan Ganoderma adalah baik untuk untuk penjagaan kesihatan am. Ia adalah sejenis bahan pemakanan yang baik untuk semua peringkat umur. Dua ramuan utama Lingzhi, iaitu :
  • Germanium organik - Menyingkirkan toksin dan meningkatkan kandungan oksigen tisu organ badan.
  • Polisakarida - Menguatkan daya imunisasi badan.
Fungsi-fungsi Tai Shan Ganoderma :
  1. Menguatkan sistem imunisasi.
  2. Membersihkan darah dan menyahtoksik daripada tubuh badan.
  3. Menyelaraskan rembesan dalaman, menggalakkan metabolisme.
  4. Melegakan batuk, menggalakkan kesihatan peparu, meredakan asma.
  5. Menenangkan mental, memperbaiki mutu tidur.
  6. Meningkatkan selera makan.
  7. Sesuai untuk penyakit koronari jantung, kandungan lemak dan kolestrol darah tinggi, tekanan darah tinggi, anemia, insomnia, sakit kepala (migraine)
Cara Pengambilan :
2 kali sehari, setiap 1-2 kapsul.

ORGANIC SPIRULINA



Sumber Organik dengan Kombinasi Nutrien. Digunakan secara tradisional sebagai khasiat tambahan makanan.

Fungsi-fungsi :
Menggalakkan proses detoksifikasi, menjaga kesihatan sistem penghadaman.

Khasiat Pengambilan Organic Spirulina :
  1. Memberi tambahan nutrien yang menyeluruh kepada tubuh badan. Menguatkan fungsi imunisasi tubuh badan.
  2. Kaya dengan vitamin B12, merupakan makanan semulajadi yang terbaik untuk pesakit anemia dan vegetarian untuk mencegak penyakit anemia kerana vitamin B12 ialah vitamin yang penting dalam penghasilan darah.
  3. Memperbaiki fungsi metabolisme lemak. Ia membantu menghalang penyerapan lemak, menurunkan kolestrol darah dan kolestrol dalam badan, menurunkan tekanan darah lalu mengelakkan anteriosklerosis dan penyakit kardiovaskular.
  4. Kandungan fiber yang tinggi (8-12%) dapat melegakan masalah sembelit, membersihkan kolon seterusnya membantu dalam pembuangan toksin, meningkatkan bakteria berguna dalam usus serta membantu memperbaiki masalah ulser usus dan perut.
  5. Menghalang penyerapan kandungan gula dalam darah, memperbaiki penyakit kencing manis.
  6. Mengimbangkan sifat badan yang berasid dan beralkali, iaitu menukarkan susuk badan yang bersifat asid (susuk badan sihat separa) kepada sifat badan yang lebih beralkali (susuk badan sihat).
  7. Fungsi anti-pengoksidaan yang kuat, dapat mengelakkan kerosakan dan penuaan sel-sel badan.
Cara Pengambilan :
5-10 pil sekali, 2-3kali sehari.

KACIMAH



Kacip Fatimah atau Labisa Pothoina (nama saintifik) adalah sejenis tumbuhan herba renik yang tumbuh secara semulajadi di dalam hutan hujan tropika di Asia tenggara. Dalam proses pengilangan, hanya akar dan daunnya sahaja digunakan tanpa dicampur dengan bahan kimia tiruan ataupun pewarna. Kacimah memberikan kebaikan untuk penjagaan kesihatan am, kesuburan selepas beranak dan merangsangkan badan untuk menghaslikan hormon seks wanita. Pengambilan secara berterusan membantu menghentikan kesakitan haid.

Fungsi-fungsi Kacimah :
  1. Membantu wanita mengecutkan saluran bersalin dan otot-otot badan selepas bersalin.
  2. Meningkatkan daya tenaga, mengurangkan kepenatan.
  3. Memperkuatkan sistem imunisasi badan dan daya penyembuhan.
  4. Membantu mengubati penyakit demam sesendi, disentri dan kembung perut.
  5. Menjaga kesihatan, kejelitaan serta awet muda.
Cara Pengambilan :
2 kali sehari, 1-2 kapsul setiap hari, sejam sebelum makan.

MIAUTAN ENERPLUS


RAHSIA pelbagai rasa miautan yang unik membolehkan anda menentukan tahap kesihatan (Penyakit) sama ada penyakit tersebut telah ada atau akan mendatang kerana disebabkan kelemahan organ-organ dalaman.
UNIK LAGI AJAIB, dari rasa yang terzahir pada lidah juga dapat memperkenalkan diri anda pada kelemahan sikap dan perilaku diri anda sendiri. Ia juga digelar sebagai "Terapi Lidah" kerana pada lidah terdapat urat dan saraf yang bersambungan kepada seluruh organ tubuh manusia.


Fungsi-fungsi Miautan Enerplus :
  1. Membentuk pembentukan rangka tulang dan gigi.
  2. Mengekalkan susuk badan beralkali.
  3. Membersihkan sistem paru-paru (perokok)
  4. Menggalakkan keaktifan sel-sel badan untuk metabolisme.
  5. Menggalakkan pengeluaran rembesan-rembesan penting dalam tubuh badan.
  6. Menenangkan saraf dengan membantu penghantaran isyarat saraf.
  7. Menurunkan tahap kolestrol.
  8. Meneutralkan keadaan berasid.
  9. Menggalakkan fungsi pembuangan toksin dengan lebih berkesan.

GARLIC


100% bahan aktif bawang putih yang berbentuk serbuk, sumber semulajadi untuk mengukuhkan sistem imunisasi seisi keluarga. Kaya dengan kandungan germanium organik dan selenium yang membantu menyingkirkan bahan-bahan buangan dan toksin.

Keistimewaannya :
Larut dalam usus dan bukanya dalam perut. Dengan ini, ia tidak merangsangkan dinding perut dan menyebabkan bau busuk mulut.

Fungsi Garlic :
  1. Membasmi kuman dan meredakan radang.
  2. mempertingkatkan sistem imunisasi, melambatkan proses penuaan.
  3. Menurunkan tahap kolestrol dan tekanan darah.
  4. Menguatkan sistem pembuangan toksin badan.
  5. Menyelaraskan fungsi usus dan perut, meningkatkan fungsi penghadaman.
  6. Mengelakkan tumbesaran sebarang sel-sel yang bahaya.
  7. Membantu terhadap susuk badan yang sensitif.
Sukatan :
2 butir, 2 kali sehari.

CHLORELLA


Dikulturkan dalam air tawar. Ia merupakan sel tunggal berbentuk bulat/bujur dengan nukleas sel yang jelas kelihatan. Chlorella mengandungi klorofil yang terbanyak, kuasa fotosintesisnya adalah 10 kali ganda tumbuh-tumbuhan yang lain.

Ramuan :
50-60% kandungan protein
  • Vitamin termasuk vitamin A (beta-karotin), Vitamin B kompleks dan Vitamin C.
  • Bahan-bahan mineral seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, natrium, kalium, mangan dan lain-lain lagi.
  • Kaya dengan klorofil, iaitu 4 kali ganda melebihi tumbuh-tumbuhan yang lain.
  • Kaya dengan kandungan fiber.
  • Chlorellin - Faktor penumbuhan.
  • 18 jenis asid amino.
Fungsi-fungsi Chlorella :
  1. Memperbaiki keadaan penyakit yang berpunca daripada susuk badan bersifat asid seperti gout, penyakit kencing manis dan kegemukan.
  2. Melancarkan peristalisis usus dan melegakan masalah sembelit.
  3. Menghalang penyerapan gula dan lemak.
  4. Membersihkan darah dan menyingkirkan toksin dalam badan.
  5. Memperkuatkan sistem imunisasi, meningkatkan daya tenaga.
  6. Sumber nutrien-nutrien penting untuk menggalakkan tumbesaran.

EURY JACK

Eury jack
(Tongkat Ali + Herba cistanche)
Meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
Gabungan pati antara Radix Eurycoma Longifolia Jack dan Herba Cistanches. Ia tidak mengandungi bahan awet, perisa tiruan, warna bahan kimia atau bahan tambahan lain.
Secara tradisional produk ini telah digunakan untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan untuk lelaki.

Cara Pengambilan :
1-3 kapsul sekali makan, 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang.

CELGYNIC HERBA MAHARAJA

Celgynic
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan kulit dan rambut. Ramuan utama ialah Lecitin yang boleh mencair kolestrol dalam kandungan darah, mengelakkan saluran darah daripada tersumbat, melancarkan sistem peredaran darah dan seterusnya menurunkan tekanan darah.

Fungsi-fungsi Celgynic
  1. Mengekalkan sel badan yang aktif dan kesihatan jantung.
  2. Menggalakkan pengedaran darah.
  3. Meningkatkan prestasi kelelakian dan kesihatan keseluruhan.
  4. Memberi kesan menakjubkan pada saiz dan ereksi.
  5. Memberi tenaga, anti penuaan, meningkatkan sis, imuniti tubuh badan dan daya ingatan.
  6. Menyelesaikan masalah kolestrol, jantung, pinggang, rambut dan kulit.
  7. Mempercepatkan baik pulih sel luka dalaman dan luaran.
  8. Mengimbangi tekanan darah tinggi dan rendah serta mengawal paras gula dalam darah.

HERBA MAHARANI

Herba Maharani Hebat dan Unik Kerana
  • Menyelesaikan masalah wanita dan remaja (keputihan, peredaran haid dan senggugut)
  •  Menguat dan mengetatkan (otot2 rahim, sistem peranakan dan selepas bersalin)
  • Dapat melegakan masalah (sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dalam badan, lenguh2, kebas2 dan urat saraf)
  • Dapat melambatkan jangkamasa monopouse (pengaktifan hormon estrogen, progestron dan androgen wanita)
  • Sistem organ dalam tubuh akan berfungsi dengan baik (anti-penuaan, awet muda, memelihara kecantikan dan kesuburan wanita)
  • Menegang dan memberi keanjalan pada kulit (payudara, ovari, kawasan perut selepas bersalin, pinggul dan lain2)
  • Dapat meningkatkan kadar metabolisme (sel darah, minda, tekanan darah, menghilangkan kelesuan dan dapat memberikan kebahagiaan kepada pasangan)
AMARAN!!!

TIDAK BOLEH DIMAKAN KETIKA DATANG BULAN DAN KETIKA MENGANDUNG
Cara pengambilan
10 biji = 5 biji pagi & 5 biji malam

Wednesday, December 22, 2010

NURICH LACTO-LITE YOGURT


Nurich Lacto-Lite adalah Minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup & Inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman dan badan anda. Kultur hidup terdiri daripada bakteria baik yang berfungsi untuk membantu pencernaan, meningkatkan pergerakan usus dan kesihatan sistem penghadaman dan menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria. Inulin (sejenis fiber) pula membantu pertumbuhan bakteria baik dalam sistem penghadaman.Kedua-dua kultur hidup dan inulin digunakan bersama untuk menyeimbangkan flora usus dan menggalakkan kesihatan sistem pencernaan anda.

Kelebihan Nurich Lacto-Lite Yogurt :
  1. Menyingkirkan toksin badan.
  2. Membantu dalam penghadaman.
  3. Membantu melegakan sembelit.
  4. Membantu Sintesis vitamin.
  5. Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.
  6. Menggalakkan metabolisme untuk mengurangkan berat badan.

MINERAL COFFE


Nikmati Kesegaran Semula Jadi Setiap Hari
Dengan adunan bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semula jadi dari Korea, Kopi Mineral dengan aroma istimewa merupakan sumber bagi magnesium yang menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium. Ia memenuhi cita rasa para peminat kopi,  membekalkan bahan mineral untuk kesihatan badan, menghilangkan keletihan dan melegakan tekanan.
Kopi mineral tidak di tambah gula, tidak mengandungi kolestrol dan bahan pengawet. Cara pembungkusannya yang kecil dan mudah dibawa membolehkan anda menikmati keenakkannya pada bila-bila masa. Jadikan Kopi mineral ini sebagai pilihan anda untuk memulakan aktiviti harian.

Kebaikan Kopi Mineral
  • Membekalkan bahan mineral untuk kesihatan badan
  • Menghilangkan keletihan minda dan badan
  • Melegakan tekanan
  • Menikmati kehidupan

GARAM BULUH

  
Khasiat Semula Asli untuk Kehidupan Kini
Kaya dengan bahan-bahan mineral dan elemen mikro seperti magnesium, kalsium dan kalium, menyeimbangkan nilai pH badan dan membantu menyingkirkan bahan buangan badan.

Khasiat Garam Buluh
  1. Mengawal Ph Badan, boleh meneutralkan toksin berasid tinggi dengan cepat seperti asid urik, gula dalam darah, kolestrol dan lain.lain.
  2. Mencegah & merawat penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, buah pinggang, kencing manis, kanser dan lain-lain masalah kesihatan.
  3. Membaiki masalah sistem penghadaman seperti gastrik, ulser perut, masalah usus, buasir, sembelit dan lain-lain.
  4. Mempunyai kesan detoksifikasi, pembunuh kuman, anti keradangan, dan meneutralkan logam berat. Ia amat berkesan untuk keradangan paru-paru, hati, buah pinggang, sendi-sendi, mulut dan perut serta lain-lain.
  5. Melegakan masalah alahan, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit.
  6. Menghilangkan masalah badan berbau..
  7. Menghilangkan masalah kulat di kaki.
  8. Melambatkan proses penuaan, nyanyuk serta mengurangkan penyakit Parkinson atau senile dementia
  9. Bagi pesakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dinasihatkan menggunakan garam buluh ini.

KESAN PENGGUNAAN GARAM BULUH
  1. Tahap keberkesanan mencapai 90% bagi pesakit alahan kulit.
  2. Tekanan darah tinggi dapat dielakkan.
  3. Menstabilkan tekanan darah dan menurunkan jumlah glukosa dalam darah.
  4. Berupaya membantu menyembuhkan keadaan urat mata berdarah serta mata berair.
  5. Simptom-simptom Hepatitis B selama 10 tahun dapat dikurangkan.
  6. Membantu menghilangkan kekejangan bahu, kebas pada belakang leher dan migrain.
  7. Membantu menghilangkan bintik hitam di muka, mengurangkan keguguran rambut.
  8. Membantu menyembuhkan penyakit berkaitan fungus.

Cara pengambilan
(i)   Minuman:  Pagi & malam (sebelum makan: minum air garam buluh (200 ml/ sachet)
(ii)  Masakan: Guna Garam Buluh (Premier Cooking Salt Powder) setiap kali memasak
(iii) Kapsul: 2 kali sehari, 2-3 kapsul setiap kali


    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More