Friday, February 18, 2011

LA PRAISE SKINCARE PACKAGE

La Praise menggabungkan dua keistimewaan iaitu sel induk tumbuhan (plant stem cells) dan antioksidan untuk menjadikan wajah anda kelihatan muda dan berseri. Sel induk tumbuhan merangsangkan pembentukan sel induk kulit. Dengan ini, ia melindungi kulit daripada risiko tekanan dan menggalakkan kebolehan pemulihan sel kulit. Pada masa yang sama, antioksidan melindungi kulit daripada faktor-faktor bahaya seperti penuaan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan dan memulihkan keremajaan kulit.

Siri Penjagaan Kulit La Praise:

Soothing Cleansing Gel
Mulakan hari dengan wajah kulit yang muda dengan menggunakan pembersih muka yang diformulasi dengan sel induk tumbuhan dan antioksidan. Ia membantu menyingkirkan kotoran yang terkumpul dalam pori-pori kulit, meninggalkan kulit rasa segar, licin dan berseri selepas guna.

Soothing Toner
Toner yang ditambah dengan ekstrak licorice, chamomilla dan pati tumbuhan untuk membantu kulit mencapai tahap keseimbangan dan menghidrasi. Ia mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.

Sun Protector SPF 30 PA+++
Perlindungan SPF 30 PA+++ melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV. Kandungan rice germ oil dan squalane (zaitun) memastikan kulit lembap sepanjang hari. 

Night Renewal
Memperkayakan kulit pada waktu malam dengan gel yang diformulasi khas daripada kolagen marin, betaglukan dan antioksidan untuk melembap dan membantu melambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan. Penggunaan yang konsisten menjadikan kulit kelihatan muda dan berseri.

Eye Lifting Gel
Formulasi khas untuk menghilangkan garis-garis halus dan lingkaran di bawah dan sekeliling mata. Produk ini ditambahkan asid askorbik (vitamin C) untuk melembap, menegang and mengembalikan keremajaan kulit di sekitar mata.


Rumusan Aktif La Praise:
SEL INDUK TUMBUHAN - Swiss Apple dan Samphire
-Melindungi sel kulit
-Mengurangkan kedutan
ANTIOXIDAN - Resveratrol
-Agen antioksidan yang amat berkesan
-Melambatkan penuaan kulit
ANTIOXIDAN - Vitamin A, E dan C
-Gabungan vitamin A, E dan C melindungi kulit daripada cahaya sinaran UV
-Mengurangkan garis-garis halus, parut dan kedutan
-Vitamin C merangsang sintesis kolagen kulit and memutihkan kulit
MELEMBAP - Aloe Vera
-Mengurangkan kedutan
HIDRASI - Sodium Hyaluronate
-Menghidrasi kulit untuk wajah yang lebih licin dan berseri
-Mengurangkan parut-parut yang dalam
PERLINDUNGAN UV - Titanium Dioxide dan Zinc Oxide
-Penapis UV
-Mencegah penyahwarnaan akibat sinaran UV
-Melindungi kulit daripada cahaya matahari dan sinaran UV
KOLAGEN - Kolagen Larut Air Jenis Marin
-Merangsang pembentukan kolagen kulit
-Mencegah pemecahan kolagen kulit
-Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
MEMUTIH - Ekstrak Akar Licorice

Turutan Penggunaan:
WAKTU PAGI
Soothing Cleansing Gel --> Soothing Toner --> Eye Lifting Gel --> Sun Protector SPF 30 PA+++

WAKTU MALAM
Soothing Cleansing Gel --> Soothing Toner --> Eye Lifting Gel --> Night Renewal

LA PRAISE NIGHT RENEWAL

Penjagaan kesihatan kulit anda pada waktu malam dengan gel yang diformulasi khas daripada kolagen marin, betaglukan dan antioksidan untuk melembap dan membantu melambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan. Penggunaan yang konsisten menjadikan kulit kelihatan muda dan berseri.

LA PRAISE SUN PROTECTOR SPF 30 PA+++

Perlindungan SPF 30 PA+++ melindungi kulit anda daripada sinaran UV. Kandungan rice germ oil dan squalane (zaitun) membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.

LA PRAISE SOOTHING TONER

Toner yang ditambah dengan ekstrak licorice, chamomilla dan pati tumbuhan untuk membantu menghidrasi kulit pada tahap yang seimbang. Ia mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.

LA PRAISE SOOTHING CLEANSING GEL

Mulakan hari anda dengan wajah kulit yang muda dengan menggunakan pembersih muka yang diformulasi dengan sel induk tumbuhan dan antioksidan. Ia membantu menyingkirkan kotoran yang terkumpul dalam pori-pori kulit. Membantu menyingkirkan kotoran yang terkumpul dalam pori-pori kulit, meninggalkan kulit rasa segar, licin dan berseri.

BIO-EVER NANO CREAM



Bio~Ever menggunakan sistem bio-teknologi (liposom) untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano, iaitu pegaga (Centella Asiatica), wild yam (Dioscorea Villosa) dan kacang soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam saluran darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.

Rumusan Aktif Bio~Ever
  1.  Kaya dengan vitamin A dan C.
  2. Menggalakkan penyembuhan lika.
  3. Merangsang sintesis kolagen.
  4.  Komponen aktif diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteron.
  5. Mengawalatur metabolisme.
  6. Antioksidan dan meregangkan otot.
  7.  Komponen aktif isoflavon boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogen.
  8. Membantu masalah endokrin.
  9. Membantu sintesis kolagen, memutih dan melembabkan kulit. 
Kegunaan
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Wanita mengandung dan menyusukan tidak digalakkan menggunakan Bio-Ever Nano Cream.

Friday, February 4, 2011

PREMIUM BEAUTIFUL FEMI9 INTIMATE WASH

Bersifat sederhana, lembut dan selamat digunakan setiap hari. Ia berkesan untuk membantu membersihkan, menghilangkan bau dan menyegarkan. Ia mengekalkan keseimbangan pH semulajadi di sekitar faraj, melindungi dan mengelakkan bahagian intim daripada jangkitan lain yang disebabkan oleh bakteria dan microorganisma.

Kandungan manjakani dalam femi9 membantu mengembalikan ketegangan dinding faraj yang hilang akibat peningkatan usia, perubahan hormon dan bersalin. Vitamin E pula adalah agen anti-pengoksidaan yang berkesan dan memudahkan penghasilan sel-sel baru, memulihkan luka dan memperlahankan proses penuaan.

Kebaikan Femi9 untuk wanita :
  1. Melembabkan dan melegakan ketidakselesaan.
  2. Menyegarkan dan mengelakkan bau.
  3. Mencegah jangkitan.
Cara Penggunaan : Untuk kegunaan bahagian luar, 2-3 kali sehari. Tuang ke atas tapak tangan, sapu dan cuci bahagian intim sekurang-kurangnya 20 saat. Bilas dengan air sebersihnya.

PREMIUM BEAUTIFUL PERSONAL CARE SERIES

Rangkaian siri produk penjagaan diri Premium Beautiful Aromaterapi menyediakan cara baru untuk meningkatkan semangat, melegakan tekanan dan memberi penyeimbangan secara semulajadi dengan haruman. Ia mengandungi pati minyak dari lavender tulen yang dapat menenangkan, menguatkan minda dan meningkatkan semangat. Selain pati minyak lavender, ia mengandungi vitamin E, itamin B kompleks dan ekstrak tumbuhan.

Syampu Perapi Rambut sesuai untuk semua jenis rambut. Ia membantu merapikan, memberikan kelembapan dan melindungi rambut.

Syampu Badan diperkaya dengan pati minyak lavender, vitamin E dan ekstrak tumbuhan untuk menyegarkan dan menenangkan minda serta badan.

Losyen Tangan & Badan melembabkan kulit yang kasar dan kering serta membantu mengekalkan kelembapan.

NATURE PASTE TOOTHPASTE

Ubat Gigi Generasi Baru untuk Penjagaan Kesihatan Pergigian
Nature Paste merupakan produk generasi terkini untuk penjagaan kesihatan pergigian yang mengandungi bahan-bahan aktif Yunnan Baiyao untuk memelihara kesihatan periodontium dan gigi anda setiap hari semasa memberus gigi.

Nature Paste menggunakan dibasic calcium phosphate dan agen pembasah berkualiti dengan tekstur dan pembuihan yang sederhana serta rasa yang halus. Ia membersih gigi dengan berkesan dan tidak mencederakan gusi, sementara rasa holly memberi anda nafas yang segar dan wangi selepas guna.

BAJA EZIGROW

Satu bahan baja terlarut yang disembur dalam bentuk cecair. Baja Foliar yang disembur pada daun akan menembusi ke dalam daun melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel dalam masa satu jam. Sekiranya di bandingkan kesan baja foliar dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana menggiatkan ‘electrogenic pump’ ke dalam sel-sel.

MENGGANDAKAN HASIL PUNGUTAN TANAMAN
1.Baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim panas supaya meningkatkan hasil dan kualiti tumbuhan.
2. Mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang seimbang dan lengkap seperti mineral, asid humik, asid amino dan sebagainya untuk meningkatkan tumbesaran dan hasil tanaman.
3. Sesuai digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman jangka masa panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sebagainya.

Kesan-Kesan Baja Ezigrow
  • Melengkap & mengimbang tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan
  • Menggiatkan tumbesaran dan kadar fotosintesis serta gula dalam masa satu jam selepas penyemburan.
  • Meningkatkan penyerapan khasiat dan menguatkan keimunan tumbuh-tumbuhan agar menjadi lebih sihat.
  • Menambah hasil tanaman hingga 70%.
  • Meningkatkan kualiti hasil tanaman.
  • Mengurangkan pengguguran bunga dan putik.
  • Mesra alam dan biourai. Sesuai untuk semua jenis tanaman.
  • Sesuai dicamput dengan racun kulat atau serangga.
Cara Penggunaan :
1. Padi - 90ml ( 1/4 ekar ) Sebulan sekali
2. Kelapa Sawit - 180ml ( 20 pokok ) 3 ke 4 kali setahun
3. Pokok Buah-buahan - 90ml ( 20 pokok ) 3 ke 4 kali setahun
4. Sayuran berbuah dan Bunga-bungan - 45ml ( 1/4 ekar ) 7 ke 10 hari
5. Sayuran Berdaun - 45ml ( 1/4 ekar ) 7 ke 10 hari

NURICH VITAL-LIV CAPSULE

Nurich Vital-Liv Capsule
Kombinasi Ekstrak Herba Memberi Perlindungan untuk Hati
Kombinasi ekstrak herba-herba seperti Milk Thistle, Phyllanthus Niruri, Dandelion dan ramuan lain menjamin kesihatan hati anda dengan:
  1. Memastikan fungsi hati yang normal
  2. Membantu metabolisme badan
Hati merupakan organ penyahtoksin terbesar dalam badan. Hati menjalankan pelbagai fungsi penting yang berlainan seperti membekal tenaga, terlibat dalam metabolisme badan, membersihkan darah dan sebagainya.

Cara pengambilan: 2 kapsul sehari.

WEI LONG CAPSULE

Kapsul Wei Long
Rasa Semangat Sepanjang Hari
Wei Long Capsule diformulasi daripada dua ramuan yang utama, iaitu Herba Epimedium Sagittatum dan Radix Morinda Officinalis diadun bersama herba-herba yang lain seperti Radix Panax Ginseng, Radix Astragalus Membranaceus, Fructus Lycium Barbarum dan sebagainya. Herba-herba ini dirumuskan dalam kapsul karagenan untuk menguatkan badan dan meningkatkan kebolehan tubuh untuk menahan keletihan.
 
Fungsi-fungsi Wei Long Capsule:
  1. Menguatkan badan dengan menambahkan tenaga.
  2. Melegakan keletihan, sakit pinggang dan sakit sendi.
Cara pengambilan: 2 kapsul sehari, diambil sebelum makan pada pagi atau sebelum tidur pada malam.

NURICH MIXED VEGE-FRUIT CHEWABLE TABLET

Nurich Mixed Vege-Fruit Chewable Tablet
Alternatif kepada Pengambilan Buah-buahan & Sayur-sayuran
Dengan adunan buah-buahan (acerola cherry dan citrus concentrate), ekstrak jus sayuran campuran dan kandungan inulin, Nurich Mixed Vege-Fruit Chewable Tablet membekalkan pelbagai phytonutrien untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan badan. Kebaikannya termasuk:
  1. Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
  2. Membekalkan vitamin C, A, mangan dan mineral mikro yang lain.
  3. Mengelakkan jangkitan penyakit.
Tablet sayuran campuran dan buah-buahan menyediakan kaedah alternatif yang mudah dan cepat untuk menggalakkan sistem penghadaman yang sihat bagi golongan sibuk dan kanak-kanak yang kurang mengambil buah-buahan dan sayuran dalam diet seharian.
Cara pengambilan: 2-3 tablet sehari.

NURICH GINKGO COMPLEX CAPSULE

Nurich Ginkgo Complex Capsule
Penggalak Sistem Peredaran Badan
Gabungan kebaikan ekstrak Ginkgo Biloba dan Red Yeast Rice memberi fungsi bersama untuk:
  1. Melancarkan sistem peredaran darah.
  2. Mencergaskan tubuh.
Amalan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan suplemen yang sesuai dapat melancarkan sistem peredaran darah untuk menjamin kesihatan badan.

Cara pengambilan: 2 kapsul sehari.

NURICH FISH OIL SOFTGEL

Nurich Fish Oil Softgel
Sumber Nutrien untuk Kesihatan Badan
Suplemen makanan berasaskan minyak ikan Anchovy dan Sardin yang mengandungi pelbagai jenis nutrien. Minyak ikan ini diekstrak melalui proses penyulingan molekul untuk memastikan pengambilan yang selamat. Kaspul lembut minyak ikan tanpa bau membekalkan kebaikan-kebaikan berikut:
  1. Menggalakkan kesihatan kanak-kanak.
  2. Membekalkan keseimbangan nutrien.
Cara pengambilan: 3 kali sehari, 1 kapsul sekali.

NURICH BP 8 FISH PROTEIN POWDER CAPSULE

Nurich BP 8 Fish Protein Powder Capsule
Sumber Protein Ikan Semula Jadi untuk Kesihatan Badan
Nurich BP 8 Fish Protein Powder Capsule diformulasi daripada protein otot ikan "skipjack tuna" (katsuwonus pelamis) atau bonito yang diproses melalui fermentasi, pengeringan dan pengasapan.
Sejak berkurun, penduduk Jepun menggunakan ikan bonito kering dalam penyediaan sup stok ikan, perasa dan sashimi untuk sumber protein. Makanan ini amat dihargai kerana kebaikannya terhadap kesihatan dan aroma semula jadi yang istimewa.
Nurich BP 8 Fish Protein Powder Capsule membantu:
  1. Mengekalkan tekanan darah yang normal.
  2. Menjamin kesihatan saluran darah dan aliran darah yang lancar.
Pengambilan: 2-3 kapsul setiap kali, ambil 2 kali sehari sebelum makan.

NURICH PROSTARID TABLET

Formulasi Herba untuk Menyelesaikan Masalah Golongan Lelaki
Menggabungkan kebaikan ekstrak herba Saw Palmetto dan Arctostaphyllos Uva Ursi untuk:
  • Melancarkan aliran ketika membuang kencing
Cara pengambilan: 2-3 tablet sehari.

NURICH ACTIVE CAL COMPLEX TABLEX

Nurich Active Cal Complex Tablet
Nutrisi Sumber Laut untuk Menguatkan Tulang Anda
Diformulasikan dengan menggunakan Lithothamnium Calcareum atau kalsium algae dan mutiara untuk membekalkan suplemen kalsium demi memenuhi keperluan harian anda:
  1. Menggalakkan kesihatan tulang dan gigi
  2. Mengekalkan kesihatan yang menyeluruh
Lebih daripada 99% kalsium dalam badan disimpan dalam tulang dan gigi. Selain pengambilan susu, produk tenusu dan senaman, pengambilan suplemen kalsium dan vitamin D membantu mengurangkan kadar kehilangan mineral tulang di samping mengekalkan kesihatan tulang dan gigi.

Cara pengambilan: 1-2 kali sehari, 4 tablet setiap kali selepas makan.

GINSENG TIENCHI CAPSULE

Ginseng Tienchi Capsule
Untuk Kesihatan Badan
Kapsul Ginseng Tienchi diperbuat daripada ginseng liar Amerika yang bermutu tinggi dan Tienchi China. Ia digunakan secara tradisional untuk melancarkan pengaliran darah dan untuk kesihatan badan.
Cara pengambilan: 1 kapsul sekali, 2 kali sehari (pagi dan malam).
Nota: Perempuan yang mengandung dilarang mengambil. Jangan makan makanan yang sejuk dan lobak.

NATURERICH SPIRULINA BASE WITH BLACKURRANT CONCENTRATE


Adunan khasiat 2 jenis ramuan bernilai dalam perahan jus buah-buahan, iaitu Spirulina dengan Pati
Blackcurrant yang saling melengkapi nutrisi antara satu sama lain.
Spirulina kaya dengan protein yang lengkap, karbohidrat dan gula, kalsium, kalium, besi, enzim
semula jadi, klorofil dan asid lemak penting (GLA), vitamin E, beta-karotin (vitamin A) dan vitamin B
kompleks.
Adunan dengan blackcurrant memberikan rasa yang menyegarkan dan kepuasan ketika
meminum jus ini. Blackcurrant mengandungi 4 kali ganda vitamin C berbanding oren dan polyphenol
yang baik untuk saluran darah jantung.
Minuman segar ini tidak mengandungi kolesterol, bahan pewarna, perisa dan pemanis tiruan. Ia sesuai
dihidangkan untuk menghilangkan rasa dahaga, dijadikan minuman untuk hidangan pada bila-bila masa,
sebagai ramuan untuk membuat kek, biskut atau memberi tambahan perisa dalam pembasuh mulut, jeli
dan aiskrim.

POMEGRADINE POMEGRANATE JUICE

Buah delima berasal dari kawasan sekitar Iran dan Himalaya di utara India. Buah ini telah lama dikenali dengan pelbagai kebaikan terhadap badan. Pomegradine Pomegranate Juice dari Azerbaijan adalah 100% jus semulajadi yang diekstrak daripada buah delima dengan gabungan rasa manis da masam. Penanaman buah delima mempunyai sejarah yang lama di Azerbaijan, dengan kawasan penanaman yang terbesar di Kur-Araz untuk tujuan eksport. Salah satu baka delima mempunyai delima yang terbaik di dunia adalah ditanam di kawasan Azerbaijan.
Jus delima mempunyai aktiviti antioksidan yang berkesan. Kebaikan ini dikaitkan dengan pelbagai jenis polifenol seperti elagitanin, galotanin, asid elagik dan flavonoid iaitu antosianin. Kajian yang dijalankan oleh para penyelidikan di Center for Human Nutrition, Davit Geffen School of Medicine, UCLA (University of California, Los Angeles) menunjukkan jus delima mempunyai kandungan polifenol tertinggi antara semua jenis minuman malahan melebihi kandungan polifenol dalam 'acai berry' atau teh hijau. Hasil kajian penyelidikan ini telah diterbitkan dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry (Navindra P.Seeram, Michael Aviram, Yanjun Zhang et al. Comparison of antioxidant potency of commonly consumed polyphenol-rich beverages in the United States. J. Agric. Food Chem. 2008, 56, 1415-1422). Buah delima juga merupakan sumber kalium, vitamin C, nutrien minor dan beta-karotena (Vitamin A) yang baik.
Antioksidan daripada delima mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung, tekanan sistolik darah, gula dalam darah dan paras kolestrol dengan berkesan. Jus delima menggalakkan peredaran darah ke jantung dan membantu mengurangkan tahap kolestrol yang tidak baik dalam tubuh badan kita. Ia juga merupakan jenis buah-buahan yang bernilai dan membantu merangsangkan selera.

Antioksidan:
Bahan dalam makanan yang dapat mengurangkan kesan-kesan negatif akibat pengoksidaan (penuaan) yang akan menjejaskan fungsi fisiologik manusia.

Vitamin C:
  1. Vitamin larut air yang hanya boleh diperoleh daripada diet seharian.
  2. Antioksidan terkenal yang dapat melindungi badan daripada serangan radikal bebas.
  3. Menyumbang kepada penyerapan besi daripada makanan.
  4. Menggalakkan pembentukan kolagen dalam saluran darah, tendon, ligamen dan tulang.
  5. Penting dalam pemulihan luka, memperbaiki dan menjaga kesihatan kartilag, tulang dan gigi.
  6. Pengambilan vitamin C yang secukupnya dapat mencegah penyakit dan membantu menggalakkan kesihatan tubuh.
Cara Penyediaan : Tuangkan kandungan pomegradine ke dalam cawan / gelas (200ml) dan sedia dihidangkan.

NPLUS HAW FRUIT WITH HERBS DRINKING POWDER

N-Plus mengandungi buah haw dengan ramuan-ramuan herba. Ia diekstrak dengan menggunakan teknologi canggih dengan kelebihan-kelebihan yang berikut :
  1. Kandungan fiber (Psyllium) yang tinggi.
  2. Kaya dengan protein, karbohidrat, serat diet, bahan-bahan mineral, khususnya tinggi dengan zat besi.
  3. Fiber tumbuhan yang larut air dengan ekstrak HAW.
  4. Tidak mengandungi julap.
Buah haw menggalakkan denyutan jantung yang normal dan berfungsi untuk menenangkan sistem
saraf pusat.

Fungsi-fungsi N-Plus :
  1. Membersihkan kolon dan menyingkirkan toksin.
  2. Melancarkan sistem penghadaman, melegakan masalah sembelit.
  3. Memperbaiki dan merangsangkan penyerapan nutrien.
  4. Membantu dalam pengurangan berat badan, mencapai kelangsingan bentuk badan.
  5. Menguatkan sistem imunisasi badan.
  6. Mencantikkan kulit dan menyerikan wajah.

GINSENG COFFE

Diformulasikan daripada bijian kopi yang bermutu tinggi, ekstrak ginseng, krimer bukan tenusu
dan gula. Ia tidak mengandungi kolesterol, bahan pewarna dan pengawet tiruan. Kopi Pracampuran
Ginseng memberi anda rasa dan aroma kopi ginseng yang terbaik.

Ginseng dalam Kopi Pracampuran Ginseng membantu : 


  1. Menyihatkan badan, meningkatkan kecergasan.
  2. Mempertingkatkan kecerdasan minda.
  3. Meningkatkan kadar metabolisme badan.
  4. Menguatkan sistem imunisasi.
Kopi Pracampuran Ginseng menyediakan pelbagai nilai kebaikan :
  1. Mengurangkan keletihan.
  2. Meningkatkan daya tenaga dan memperbaiki prestasi anda.
  3. Mempertingkatkan tindak balas minda semasa belajar atau bekerja.
  4. Melegakan keletihan tubuh dan minda.

IMPERIAL TEA

Diformulasikan dengan Teh Pu'er yang telah dihasilkan sejah 1700 tahun lalu. Teh Pu'er mengandungi polyphenol, asid amino, karbohidrat, vitamin A, C, vitamin B kompleks dan bahan-bahan mineral seperti natrium, kalsium, magnesium dan sebagainya.

Unsur polyphenol dalam teh:
  1. Memperbaiki kekenyalan dinding salur darah kecil.
  2. Mengelak pembekuan darah dan pembentukan trombosis.
  3. Mencegah tekanan darah tinggi.
  4. Mencegah penuaan dan perubahan sel badan.
  5. Kandungan vitamin C merangsangkan penyingkiran kolestrol.
Kajian saintifik menunjukkan Teh pu'er mempunyai kesan perubatan mencegah penyakit kardiovaskular. Imperial Tea boleh :
  1. Mengurangkan kandungan lemak badan, menurunkan berat badan, mencegah arteriosklerosis.
  2. membantu penyakit koronari jantung.
  3. Menurunkan tekanan darah.
  4. Melambatkan proses penuaan.
  5. mencegah dan menentang penyakit barah.
  6. Meningkatkan kecerdasan minda dan mental.
  7. Membantu melawaskan kencing.
  8. Membantu penghadaman, melegakan masalah sembelit dan mencegah penyakit organ pencernaan
  9. Menyahtoksin dan membasmi kuman.

EURYCO TONGKAT ALI GINSENG COFFE

Kopi Pracampuran Euryco Tongkat Ali Gingseng adalah hasil adunan bijian kopi Robusta dan Arabica masing-masing dari India dan Brazil, ekstrak Tongkat Ali, ekstrak gingseng dan krimer bukan tenusu sertaa gula. Ia tidak mengandungi kolestrol, bahan pewarna dan pengawet tiruan.

Sejak turun-temurun, Tongkat Ali dan Gingseng dikenali sebagai sumber untuk meningkatkan tenaga. Kopi pracampuran Euryco Tongkat Ali Gingseng memenuhi cita rasa anda, menghilangkan keletiha, menyegarkan minda dan melegakan tekanan.

Tongkat Ali merupakan tumbuhan yang banyak tumbuh di negara Asia Tenggara. Ia dijadikan ubat tradisional oleh masyarakat Melayu sejak beberapa kurun yang lalu. Gingseng pula terkenal sebagai herba cina dan digunakan sebagai sumber daya tenaga.

YMB PLUS

YMB Plus
Mengembalikan Rasa Muda Anda!
YMB Plus menggabungkan Solenognathus Hardwickii, Bos Taurus Domesticus, ubat-ubat tradisional dengan menggunakan air Dong E. Pengambilan YMB Plus membantu:
- Melegakan sakit belakang
- Melegakan keletihan dan menggalakkan  kesihatan am
Cara pengambilan: 2 kali sehari, 1 botol sekali.

Saturday, January 1, 2011

CHITOSAN



Chitosan adalah serabut dietari yang dapat menghalang penyerapan lemak dan menyingkirkannya daripada badan. Produk chitosan adalah kaya dengan gula amino. Ia diproses daripada hidupan berkarang yang mempunyai molekul semulajadi yang tinggi dalam bentuk biomas. Chitosan mudah bersebati dengan sel biologi, bersifat tidak beracun, mudah dilarutkan serta aktif. Kegunaan utamanya ialah dalam bidang perubatan dan pemprosesan makanan pembinaan.

Fungsi-fungsi Chitosan :
  1. Menurunkan kolestrol, tekanan darah dan gula darah, membantu dalam pengurangan berat badan.
  2. Menyingkirkan toksin dan bahan buangan khasnya unsur-unsur logam berat daripada badan manusia.
  3. Memperbaiki susuk badan yang berasid, mengelakkan keletihan.
  4. Mengukuhkan sistem imunisasi.
  5. Membantu penyakit-penyakit seperti ulser gastrik, sakit artritis dan sebagainya.
  6. Mengaktifkan fungsi hati.
  7. Anti-bakteria.
  8. Penggunaan luar dapat melegakan kesakitan, menghentikan pendarahan dan menggalakkan penyembuhan luka.
Cara Pengambilan :
2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali sebelum makan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More